Cara Install TWRP Recovery untuk Lenovo P70-A

TWRP Recovery merupakan salah satu custom recovery yang popular untuk pengguna Android. Ianya digunakan untuk backup keseluruhan ROM, kernel, logo, nvram dan data atau untuk install/flash ROM atau custom ROM yang anda ingini dengan mudah.

Sekiranya berlaku sebarang masalah kepada smartphone anda semasa install custom ROM contohnya, anda hanya perlu restore semula ROM yang sudah di backup sebelum ini atau memasang custom ROM yang lain.

Cara langkah demi langkah untuk install/pasang TWRP Recovery ke dalam Lenovo P70-A menggunakan PC boleh ditonton di dalam video berikut;

Nota Penting :

  1. Segala bahan-bahan yang diperlukan seperti perisian SP Flash Tool, pc driver dan TWRP image file untuk Lenovo P70-A boleh diperolehi di sini.
  2. Terdapat 2 versi TWRP recovery iaitu versi 32bit untuk versi Android 32bit, dan 64bit untuk versi Android 64bit. Pastikan anda menggunakan versi yang betul.
  3. Sekiranya keluar mesej error apabila menekan butang “Download” semasa menggunakan SP Flash Tool, anda hanya perlu mencuba dengan scatter file yang lain sahaja.

Sumber : LenovoRoot.com

1st Update 2017

Gambar LucuAssalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja mengemaskini blog yang lama terbiar usang ni. Operasi menaiktaraf kepada versi WordPress terkini dan kemaskini beberapa plugin versi lama yang dah ketinggalan selamat dilaksanakan.

Kini sudah tahun 2017. Tahun lepas hanya berjaya terbitkan satu artikel sahaja. Tahun ini macam mana pula? Harap-harap semangat 2017 tak hilang di tengah jalanlah… 😀

Apapun semangat untuk aktif kembali ke arena blogging dan SEO ni kembali menyala setelah agak lama terpadam. Mungkin sudah kembali ke pangkal jalan setelah sesat seketika. Hohoho!

1st Update 2016

spider web

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Setelah sekian lama blog ini terpinggir dan terbiar usang dipenuhi dengan sesawang, kini dijangka akan muncul kembali di persada internet tanah air. Hohoho.. 🙂

Alhamdulillah, operasi kemaskini perisian WordPress dan plugin yang dah lapuk dan ketinggalan zaman selamat dijalankan dengan jayanya.

Sekian…