g3 Edisi Februari 2013

G3 108 Feb. 2013

Baru jer dapatkan Majalah g3 ( Gah! Gempaq! Giler! ) Edisi 108, Feb. 2013… 😀

Majalah g3 telah menjadi majalah kartun pujaan hatiku sejak beberapa tahun lepas sehinggalah saat dan ketika ini. Setelah agak lama menjauhkan diri dari majalah kartun tempatan sejak berkuburnya majalah Lanun, akhirnya g3 telah berjaya menambat hatiku untuk kembali ke dunia gelak ketawa kartun buatan Malaysia semula. Hohoho…

Bermulanya dengan majalah kartun nasional, Gila-Gila, kemudian menjadi peminat setia majalah lawak antarabangsa, Ujang. Seterusnya berpaling tadah ke majalah Lanun apabila secara tiba-tiba kartunis Ujang telah keluar dari majalah Ujang dan menerbitkan pula majalah Varia Lawak yang kemudiannya ditukar namanya kepada Lanun.

Kini masih setia bersama majalah lawak golek-golek, g3. Mungkin akan berpaling tadah jika kartunis Ujang menerbitkan kembali majalahnya sendiri pada masa akan datang. Hohoho…

12 thoughts on “g3 Edisi Februari 2013”

    1. Ooo peminat komik hong kong ka… 🙂

      Masa bergelar penuntut dulu selalu la tumpang baca komik Raja Rimba yg kawan serumah punya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *