Panduan Restore Honor 3C ke B108 Stock JB Firmware

Assalamualaikum.

Baru-baru ini phone Honor 3C anak saudara saya secara tiba-tiba ada masalah “soft brick” (stuck in a bootloop) di mana phone tidak dapat masuk ke sistem. Telah dicuba dengan cara Wipe Data/Factory Reset tetapi tetap juga sama masalahnya. Jadi, pilihan terakhir adalah flash (install) semula ke ROM asal.

Alhamdulillah, dengan merujuk tutorial dari blog Carbontesla.com, saya berjaya untuk unbrick & restore telefon pintar Honor 3C (H30-U10) ke B108 Stock JB Firmware (V100R001C900B108)… 😀

Ok… Bagaimana caranya untuk pulihkan Honor 3C ke B108 Stock JB Firmware ni?

Keperluan-keperluan untuk flash :

  1. Phone tersebut mestilah model “International Honor 3C H30-U10”.
  2. Download V100R001C900B108 signed firmware di sini.
  3. Kabel USB dengan driver (VCOM) terpasang di PC anda. Driver tersebut anda boleh download di sini.
  4. Download Smart Phone Flash Tool (aka SP Flash Tool) di sini dan extract.
  5. Download PrePatch ini dan extract.

Langkah-langkah untuk flash ke B108 Stock JB Firmware :

  1. Extract pakej “ROM_H30-U10_V100R001C900B108.zip” yang telah anda muat turun sebelum ini.
  2. OFF kan telefon anda.
  3. Buka aplikasi “FlashTool.exe” yang terdapat di dalam folder “SP Flash Tool” yang telah anda muat turun tadi.
  4. Flash “PrePatch” terlebih dahulu.
    • Klik butang “Scatter-loading” dan pilih “MT6582_Android_scatter.txt” yang terdapat dalam folder “PrePatch“.
    • Klik butang “Download” dan hubungkan PC dengan telefon menggunakan kabel USB.
    • Flash akan bermula secara automatik dan apabila selesai dan berjaya satu bulatan hijau akan dipaparkan.
    • Cabutkan sambungan kabel USB tadi.
  5. Seterusnya adalah flash B108 JB firmware. Klik butang Scatter-loading dan pilih “MT6582_Android_scatter.txt” yang terdapat dalam folder “ROM_H30-U10_V100R001C900B108”.
  6. Pastikan SEMUA kandungan ditandakan.
  7. Klik “Firmware ->Upgrade” dan seterusnya sambungkan telefon anda ke komputer menggunakan kabel USB. SP Flash Tool secara automatiknya akan mengesan telefon anda dan memulakan aktiviti flash (jika telefon tersebut tidak dapat dikesan cuba tekan butang Power).
  8. Apabila proses flash selesai, satu “bulatan berwarna hijau” akan dipaparkan di layar skrin.
  9. Cabut sambungan kabel USB tadi dan ON kan telefon anda seperti biasa.

Jika masih terdapat lagi sebarang masalah, reboot telefon ke dalam “recovery mode” dengan cara tekan butang Vol up + Power secara serentak. Pilih “Wipe Data/Factory Reset”, teruskan dan sesudah selesai reboot ke sistem.

Sumber Asal : Carbontesla.com

Penafian: Tutorial ini hanya untuk telefon model “Huawei Honor 3C (H30-U10)” sahaja. Selain itu, saya juga tidak bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah/kerosakan kepada telefon anda disebabkan mengikuti panduan ini. Gunakannya dengan risiko tanggungan anda sendiri!.

Cara Install TWRP Recovery untuk Lenovo P70-A

TWRP Recovery merupakan salah satu custom recovery yang popular untuk pengguna Android. Ianya digunakan untuk backup keseluruhan ROM, kernel, logo, nvram dan data atau untuk install/flash ROM atau custom ROM yang anda ingini dengan mudah.

Sekiranya berlaku sebarang masalah kepada smartphone anda semasa install custom ROM contohnya, anda hanya perlu restore semula ROM yang sudah di backup sebelum ini atau memasang custom ROM yang lain.

Cara langkah demi langkah untuk install/pasang TWRP Recovery ke dalam Lenovo P70-A menggunakan PC boleh ditonton di dalam video berikut;

Nota Penting :

  1. Segala bahan-bahan yang diperlukan seperti perisian SP Flash Tool, pc driver dan TWRP image file untuk Lenovo P70-A boleh diperolehi di sini.
  2. Terdapat 2 versi TWRP recovery iaitu versi 32bit untuk versi Android 32bit, dan 64bit untuk versi Android 64bit. Pastikan anda menggunakan versi yang betul.
  3. Sekiranya keluar mesej error apabila menekan butang “Download” semasa menggunakan SP Flash Tool, anda hanya perlu mencuba dengan scatter file yang lain sahaja.

Sumber : LenovoRoot.com