1st Update 2017

Gambar LucuAssalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah kerja-kerja mengemaskini blog yang lama terbiar usang ni. Operasi menaiktaraf kepada versi WordPress terkini dan kemaskini beberapa plugin versi lama yang dah ketinggalan selamat dilaksanakan.

Kini sudah tahun 2017. Tahun lepas hanya berjaya terbitkan satu artikel sahaja. Tahun ini macam mana pula? Harap-harap semangat 2017 tak hilang di tengah jalanlah… 😀

Apapun semangat untuk aktif kembali ke arena blogging dan SEO ni kembali menyala setelah agak lama terpadam. Mungkin sudah kembali ke pangkal jalan setelah sesat seketika. Hohoho!

1st Update 2016

spider web

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Setelah sekian lama blog ini terpinggir dan terbiar usang dipenuhi dengan sesawang, kini dijangka akan muncul kembali di persada internet tanah air. Hohoho.. 🙂

Alhamdulillah, operasi kemaskini perisian WordPress dan plugin yang dah lapuk dan ketinggalan zaman selamat dijalankan dengan jayanya.

Sekian…