Happy New Year 2014

Happy New Year 2014!

Tak terlambat rasanya untuk diucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada mereka-mereka yang mungkin tersesat ke blog ni. Selamat tinggal 2013 dalam kenangan.. 😀

Cartoon Sleep!

Dah lama betul blog ni tertidur diulet mimpi-mimpi yang terindah. Nampaknya operasi menaiktaraf, mengemaskini dan membersihkan sampah sarap perlu dilakukan. Dan akhirnya terhasil jua post pertama bagi tahun 2014 ni…

Majalah Din Beramboi

Majalah Din Beramboi

Pada satu ketika dahulu di Malaysia telah muncul sebuah majalah kartun yang diberi nama sebagai Din Beramboi. Tidak dapat dipastikan pula berapa lamakah riwayat hidupnya majalah kartun ini.

Secara kebetulan sahaja terbeli majalah Din Beramboi, Bil. 2, Edisi Ogos 1996 ini, yang sebenarnya muncul dikala populariti tinggi yang dikecapi Din Beramboi yang merupakan watak maskot majalah lawak antarabangsa Ujang.

Pernahkah kalian terjumpa dengan majalah ni di pasaran satu ketika dulu. Rasanya tak ramai yang pernah terjumpa atau tak pernah tahu pun akan kewujudan majalah Din Beramboi di muka bumi ini. Hohoho.. 😀

g3 Edisi Februari 2013

G3 108 Feb. 2013

Baru jer dapatkan Majalah g3 ( Gah! Gempaq! Giler! ) Edisi 108, Feb. 2013… 😀

Majalah g3 telah menjadi majalah kartun pujaan hatiku sejak beberapa tahun lepas sehinggalah saat dan ketika ini. Setelah agak lama menjauhkan diri dari majalah kartun tempatan sejak berkuburnya majalah Lanun, akhirnya g3 telah berjaya menambat hatiku untuk kembali ke dunia gelak ketawa kartun buatan Malaysia semula. Hohoho…

Bermulanya dengan majalah kartun nasional, Gila-Gila, kemudian menjadi peminat setia majalah lawak antarabangsa, Ujang. Seterusnya berpaling tadah ke majalah Lanun apabila secara tiba-tiba kartunis Ujang telah keluar dari majalah Ujang dan menerbitkan pula majalah Varia Lawak yang kemudiannya ditukar namanya kepada Lanun.

Kini masih setia bersama majalah lawak golek-golek, g3. Mungkin akan berpaling tadah jika kartunis Ujang menerbitkan kembali majalahnya sendiri pada masa akan datang. Hohoho…