Selamat Tahun Baru 2013!

Happy new year 2013

Yeah! Selamat datang 2013 dan selamat tinggal 2012 dalam kenangan selamanya…

Sama ada pengalaman suka, duka, pahit, manis, tawar, masin, kelat, semuanya kini hanya menjadi satu lipatan sejarah kehidupan masing-masing. Ianya mungkin akan menjadi bekalan dan panduan dalam menjalani kehidupan yang mendatang.

Dah tahun baru ni, tidak sah ler kalau takde azam baru. Tahun baru dan azam baru memang tak dapat dipisahkan, umpama aur dengan tebing lagaknya. Hohoho…

Bagi saya, azam terpenting pada tahun 2013 ini adalah untuk berblog secara aktif. Semoga ia terlaksana hendaknya tanpa terhenti di separuh jalan seperti kebiasaannya.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013… 😀