Welcome Back to School Sketch

Back to school sketch

“Jom! Kembali ke sekolah. Lama-lama sangat cuti pun nanti otak boleh jadi kejang pulak. Hehehe…”

Cuti sekolah akhir tahun 2012 sudah hampir ke penghujungnya. Jadi, masa adik-adik sekalian berlibur-lara sambil merehatkan otak dan minda sudah hampir ke penamatnya. Sedih ker? Hehehe.. 😀

Guru-guru Malaysia rasanya sudah memulakan tugas masing-masing bermula minggu ini. Almaklumlah mereka perlu bermesyuarat dan mempersiap-siagakan sekolah masing-masing bagi menerima kembali kehadiran para pelajar baru dan lama.

Selamat bertugas dan bersekolah kembali. Berhati-hati di musim tengkujuh ini.

The Fishing Cartoon Sketch

Fishing cartoon sketch

“Oh! Tidak. Kusangkakan ikan, rupanya selipar jepun yang kudapat.”

Kartun ni sebenarnya dah begitu lama dilukis, tapi baru hari ini selamat dipertontonkan di alam maya internet, maklumat di hujung jari ni. Ada beberapa kartun bertemakan kaki pancing yang saya hasilkan, berjaya diterbitkan dalam Joran (akhbar sisipan Berita Harian yang diterbitkan setiap Jumaat) lama-lama dulu.

Kartun yang diterbitkan tu masih selamat dalam simpanan saya ketika ini. Kenangan terindah tu… 😀