WordPress 4.1 “Dinah”

WordPress 4.1 Dinah

WordPress.org telah mengeluarkan versi terkini WordPress 4.1 yang dinamakan sebagai “Dinah” dimana ianya memberi fokus kepada persekitaran sistem bebas menulis dan juga turut memperkenalkan tema terbarunya “Twenty Fifteen“.

Anda hanya perlu aktifkan distraction-free writing mode untuk menggunakan fungsi kebebasan menulis tanpa sebarang gangguan ini. Menulislah dengan sebebas-bebasnya kerana paparan normal untuk editing dan sebagainya hanya akan muncul apabila anda membawa kursor tetikus keluar dari ruangan editor dan akan hilang kembali apabila anda menulis.

distraction free writing mode
Tema Twenty Fifteen pula adalah tema yang serasi dengan semua jenis saiz paparan pelbagai peralatan teknologi sama ada komputer, laptop, telefon pintar atau gajet. Dengan kata lain tema ini mesra kepelbagaian pengguna.

Tema Twenty Fifteen

Jikalau berkenan dihati silalah menaiktaraf blog WordPress masing-masing… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *